Tuesday, February 07, 2012

Menggambarkan kasih.

Aku tak mampu menulis puisi cinta buat kau. Kerana hebatnya kasih kau. Aku tenggelam dengan perkataan aku sendiri. Tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan hebatnya kasih.Walau perkataan mula. Kau pegang sehelai kertas bentuknya hati. Kau gambarkan ia milik kau. Malam ni aku sendiri. Tanpa rasa yang dirasai. Memang kosong memang hilang. Hanyut di dalam ruang akal. Entah waras entah tidak. Kita mencapai apa saja. Kita berfikir apa saja. Kita berbuat apa saja. Kita ambil apa saja yang sempat untuk membantu kita terus ke depan, dengan harapan kita terus berjalan ke depan. Kerana di belakang itu pahit, perit. Kerana di belakang itu pedih, sakit. Aku hanya cintakan engkau. Penuh cinta kau di telapak tangan. Penuh lagi sayang kau di bisikan telinga, penuh lagi rindu kau di sarang otak ini. 

No comments:

Post a Comment