Thursday, August 11, 2011

aku inginkan jiwa.

Inginku dakap bulan itu supaya bulan itu terus berada dalam dakapanku setiap masa dan waktu ..
Aku inginkan bulan yang terang , apabila bulan itu bertukar warna maka gelaplah seluruh pandanganku..
Adakah aku bermimpi sedangkan aku masih berjaga didalam kehidupan yang penuh sawang-sawang kejahatan .. Adakah aku mampu melindungi diriku daripada sang syaitan . Aku tak mampu . Biarlah aku berada diawangan-awangan , biarkan diriku dibelai angin . Biarkan aku merasa jiwa angin itu bila ianya membelai seluruh tubuhku . Aku inginkan jiwa . Bila aku terjatuh dan balik pada dunia asalku , akanku tunjuk dan buktikan kepada semua orang yang begitu mengangkat tinggi kata-katanya sehinggakan aku tidak berkata-kata . Biarkan aku pula yang mengangkat tinggi kata-kataku suatu hari nanti . Dan pada masa itu , engkau dan engkau akan merasa duduk diatas awan itu bukanlah suatu angan-angan tetapi ianya suatu impian yang tidak pernah engkau impikan dalam hidup kau dan kau .. Biarlah hujan melimpah ke bumi biarkan . Jangan engkau mempersoalkan hidup manusia yang tidak sempurna itu . Bila kau jatuh dan jatuh , kecacatan yang dia ada akan diberi pada engkau dan kesempurnaan engkau diberi kepada dia . 
p/s bila sudah berjaya jangan membongkak kerana ianya bukan untuk selamanya .. 

No comments:

Post a Comment