Apakah malam ini malam salah bagi aku ? Aku ke yang berterusan menjadi penjenayah dalam kehidupan kau ? Aku kah yang menjadi pembunuh dalam hati kau ? Cuba cari di mana anak panah yang di tembakkan itu ? Cuba menyelamkan jiwa aku , cuba mengaibkan jiwa aku sebagai seorang insan ? Cubalah kalau itu yang terbaikk . Kau mahukan yang terbaek tapi silap menilai seseorang itu sedangkan dia bersungguh mahukan yang terbaek tapi sering diejek oleh kata-kata kau . Kau rasai jiwa dia . Rasai kata-katanya . Rasai semuanya . Perhubungan bukan hanya janji , faham antara satu sama lain , kepercayaan tetapi rasai macam mana jiwa dia . Aku percaya pada karma . Sifat yang tak mungkin engkau tahu , dan masih engkau tidak faham . Kau cuba menjadi seorang yang terbaek dan kau sudah selesai dengan apa yang engkau mahu . Bertolak ansur juga penting . Kau faham apa yang kau mahukan . Tapi jika jiwa berkocak bagaikan air kopi yang tidak nampak apa-apa didalam itu dapatkah kau melihatnya dengan baik ? Cinta dan sayang ada disetiap sudut dalam hati seseorang manusia cuma kita yang bersatu hanya akan dapat merasai benda itu . Bukan aku tidak pandai mengambil hati tetapi aku bukanlah seorang gemar memujuk . Aku buntu . Aku sentiasa ingin engkau bahagia tetapi bukan dengan amarah aku . Aku tak mahu itu . Aku kacau semua yang ada . Aku selongkar selagi tidak berperasaan . Aku lari bila dikejar , aku serah diri bila aku rasa bersalah . Itu lah aku . Aku bukan tempat untuk di perkatakan , aku bukan orang yang baik , aku juga ada pengalaman , aku juga ada kemahuan . Sedangkan disekeliling memandang aku sekecil kuman dan biarkan aku terkontang-kanting untuk meneruskan kehidupan aku..Tapi bila malaikat datang untuk mengambil nyawa aku , aku mahu meminta satu lagi kehidupan untuk bersama engkau dimasa yang lain dan takkan mengulangi kesilapan yang sama .
p/s aku sanggup serahkan syurga aku pada engkau bila engkau memerlukannya ..
Bagaimana mahu jadi sang penulis seperti anda? saban hari karya demi karya amat menarik perhatian..
ReplyDeleteKagum sungguh daku..
senang kalau itu datang dari hati kamu sendiri . :)
ReplyDelete