Wednesday, August 10, 2011

Dimana semua itu..

Aku suka menghilang . Bila menghilang dan hilang , mungkinkah ada orang yang mencari walaupun di dalam keadaan gelap ? Di dalam keadaan memaksa kau terus mendakap aku dalam kata-kata yang sukar untuk difahami .. Kau beri aku racun tanpa aku sedari .. Kau meracuni seperti racun sifat . Racun sifat itu adalah sukar menghindar . Penawar bagi racun itu adalah Realitas . Racun kedua ialah Ketakutan dan penawar bagi racun itu adalah Keberanian . Racun ketiga ialah Egoistis dan penawar itu adalah Bersikap Sosial . Racun keempat adalah Stagnasi . Penawar dia adalah Ambisi . Racun kelima Rasa rendah diri dan penawar itu adalah keyakinan diri . Racun keenam adalah Narsistik . Penawar dia rendah hati . Racun ketujuh Mengasihani diri dan penawar bagi itu Sublimasi . Racun kedelapan ialah sikap bermalas-malasan dan penawar dia kerja . Racun kesembilan sikap tidak toleran . Dan penawar itu Kontrol diri . Dan racun terakhir ialah Kebencian dan penawar itu adalah Cinta Kasih . Kau faham tak apa benda kesemua racun-racun ni ? Kau faham bila kau bagi kesemua racun ini ? 

Manusia , kata-kata , pengalaman .. Kesilapan seperti history . Bila dipakukan ianya tidak longgar pada sesuatu barang , tapi bila seseorang yang dengki dan hanya ingin menyatakan diri sendiri sahaja yang benar dia telah membuka paku itu kembali dan biarkan ianya longgar dan jatuh . Begitu juga maruah seseorang . Aku tak takut akan manusia , syaitan dan biarlah benda yang aku takutkan itu adalah bencana ALLAH bukan manusia . 

Memberi hikmat kata bukan dari otak sahaja tetapi juga dari pengalaman yang ada . Seperti yang engkau jangkakan bukan semua orang boleh memberi nasihat dalam keadaan yang baik dan sempurna . Orang yang degil tidak mungkin diikut cara sebegitu . Kalau kau mampu kau tunjukkan pada semua orang macam mana susahnya unutk memberi semangat kata pada seseorang . Mungkin orang mampu memberi kata-kata tapi dimana rasa itu bila diperlukan ? Kau bukan ditempat dia . Kau bukan jiwa juga hati dia . Dimana peluang bila tolak jadi pilihannya ? Dimana kebenaran bila tidak sempat untuk ditunjuk ? Dimana ? Dimana kesenangan bila kesusahan melanda ? Dimana semua itu ? Fikirlah dimana ..... 

No comments:

Post a Comment