Tuesday, August 02, 2011

I can only show you the door, you have to walk through it.

Kadang-kadang bukan semua benda yang kita mahu dapat dalam kehidupan kita . Betul tak ? Kadang-kadang benda yang kita tak nak , itulah yang akan muncul dalam realiti hidup kita . Kita hidup berdasarkan putaran masa . Sebab tiada jarum , tiada digital , tiada masa , tiada putaran masa hidup kita semua . So kalau tiada itu semua bagaimana kita nak menentukan perjalanan kehidupan kita ? So , betullah kata orang dulu dulu . MASA ITU EMAS . Tapi dekat kedai emas aku tengok takde pun jual masa . Haha . Gurau je . Nama . Apa yang ada pada nama sebenarnya ? Nama kita , persahabatan kita pun ada nama bff . Itu nama juga kan ? Tapi apa ada dengan bff tu ? bestfriendforever ? kalau kawan kauorang mengelarkan kauorang bff mesti kau dengan bangga menerima 'benda' tu . Okay , disebabkan aku telah menasihati seorang kawan didalam dunia cyber aku ni so tak salah aku nak berkongsi . Tak salah kan ? Kau gelarkan dia bff dulu . Sekarang dia sudah menjadi musuh antarabangsa kau kononnya . Means aku persahabatan kauorang tu jarak dia jauhlah . Macam dia dekat malaysia engkau dekat americano tu . Kerana seorang awek , kau menjauhkan diri kau daripada seorang sahabat yang mungkin akan bersama dengan kau sampai bila-bila dan tak akan pernah terputus tali persahabatan tu . Kerana keegoan yang kau miliki kau tidak tahu cara menghormati 'perasaan' orang lain lagi-lagi bff kau sendiri . Kau ta tahu dia menangis . Dia mengeluarkan airmata dia demi kau . Tapi wahh mulut puaka kau cakap ' aku tak heran kalau takda kawan macam kau ' .. sakit , sebab bff kau ni sayang sangat dekat relationship kau dengan dia . Bagi aku bersabar itu hanya alasan je . So kau doakan supaya ALLAH s.w.t tunjukkan kebenaran yang ada . Lambat atau cepat itu kebiasaan . Mungkin orang akan cakap 'let go' tapi kau benar benar sayangkan hubungan kau . Yess , aku respect dengan jawapan yang kau beri pada aku . So , sebagai seorang sahabat kau patut mendoakan dia . Jadi insan yang tahu menghargai kawan . Biar silap mendahulukan kita .Satu hari bila kau dah sedar atas kesilapan yang pernah engkau lalui jangan engkau terus mendail kesalahan itu ye beloved .Jalan yang lurus sangat banyak cabaran . Tetapi jalan yang bengkok sangat senang untuk kita ikuti kan sebab cabaran dia senang .  Biar menderita dahulu jangan menderita di kemudian harinya . Lama-lama kita akan dapat tempuh cabaran di jalan yang lurus itu . 

No comments:

Post a Comment