Tuesday, August 02, 2011

sastera melayu klasik.

Hye selamat sejahtera kaum kaum blogger sekalian . Disebabkan aku tiada cerita untuk dikupas , aku membuat keputusan untuk menunjukkan satu buku yang mungkin kauorang tak pernah lihat . 

Cuba baca dan teliti balik buku ni . 
Nak cerita dalam dalam pun apa guna . Aku boleh mendekatkan dengan sinopsis dia sahaja .
Khazanah Sastera Melayu Klasik merupakan citra tamadun sesuatu bangsa dan lakaran peradabannya . 
Setiap bangsa itu memilih khazanah sastera tradisionalnya dan ia merupakan warisan zaman berzaman dan lambang kewujudannya sesuatu bangsa itu . Akan lahirlah beberapa karya yang dianggap kanon dan agung , kesemua itu akan menjadi warisan keemasan . 
Buku ni juga menyediakan beberapa pendekatan dan teori untuk mendekati sastera melayu klasik . Kajian terhadap sastera agak kurang kerana keperluan pengetahuan Arab Parsi , penulisan jawi , bahasa klasik  yang sukar difahami dan struktur karya dan naratif yang agak asing . Maka buku ini harap dapat menambahkan bahan bacaan juga rujukan genre sastera melayu klasik . 
Penulis buku ni Mana Sikana .  

No comments:

Post a Comment